
danialiqal
5 tahun
Benjolan di daerah puting sebelah kiri
Saya lelaki.Dokter di puting sebelah kiri terdapat benjolan.apabila saya memicit keluar air warna jernih,cair dan x berbau.dokter adakah itu kancer?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah payudara ini dapat disebabkan oleh beberapa hal, seperti:
- Mastalgia
- Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
- Breast abscess* iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Memandangkan benjolan yang sakit dikhuatiri adalah akibat jangkitan, maka anda digalakkan untuk merujuk doktor oleh kerana ubat jangkitan kebanyakannya memerlukan preskripsi doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.