
wardatuliman47
5 tahun
Benjolan di dahi dan pipi
Saya perempuan berumur 22 tahun… Muka sy selalu naik biji2 kecil, lama2 dia jd benjolan hitam seperti ada ketulan bawah kulit. Nak kata jerawat, saya tak pasti jugak sebab dia tak merah pon.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami akan kebimbangan anda terhadap masalah kesihatan yang dialami oleh anda.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan biji-biji kecil di muka. Antaranya ialah:
- jerawat pasir akibat make up, kulit minyak, habuk
- allergi
- ruam
- tanda kolestrol tinggi
- Infeksi kulit seperti folliculitis(keradangan liang roma )
Cara untuk atasi masalah ni adalah dengan ‘sental’ muka dengan baik, mengikut arah putaran. Boleh gunakan scrub untuk memebersihkan kulit mati.
Oleh sebab itu, untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih