
Sulit
4 tahun
Benjolan di dalam Bibir
saya nak tanya dalam bibir saya bahagian bawah ada benjolan adakah itu Mucocele atau bnda lain… tak sakit… macam mana nak hilang kan…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi perlu diperiksa dengan lebih terperinci dan secara fizikal untuk mendapatkan kesimpulan pada masalah ini. Oleh itu, ini hanya lah keterangan am terhadap masalah yang anda hadapi dan boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Mucocele
- Jangkitan herpes
- Jangkitan sifilis
- Jangkitan kulat
- Alahan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.