
Sulit
3 tahun
Benjolan di kawasan bulu kemaluan(pubic area),warna sama seperti kulit,awalnya sakit apabila ditekan,dipicit lama kelamaan tidak sakit
Benjolan di kawasan bulu kemaluan(pubic area),warna sama seperti kulit,awalnya sakit apabila ditekan,dipicit lama kelamaan tidak sakit

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan pernyataan anda, saya memahami bahawa anda bimbang tentang benjolan di kawasan bulu kemaluan anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya adalah seperti berikut:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV.
- Cyst atau Abses
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh merujuk kepada doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.