taikokempas
5 tahun
Benjolan di ketiak- perlukah rawatan lanjut?
Saya seorang lelaki berumur 34 tahun. Terdapat benjolan keras di ketiak saya. Jika disentuh rasa sakit. Apa yang perlu saya lakukan untuk hilangkan benjolan dan rasa sakit ini?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejalabenjolan pada ketiak anda boleh disebabkan:
- Benjolan lemak (lipoma)
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis - Jangkitan kuman pada liang kulit
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































