Anonymous
5 tahun
Benjolan di leher adakah tiroid?
sy wanita berumur 36 thn…sy mendapati ada benjolan bulatan di leher…org lain yg nmpk bgtau itu adalah tiroid tp sy blm bejumpa dgn dok lg utk mdptkan rawatan…klu betul tiroid adakah membawa maut?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Benjolan dileher boleh berpunca daripada pelbagai sebab seperti:
- Penyakit tiroid - hipo/hiper-tiroid, ketumbuhan (kanser), kista tiroid
- Kista (cyst) tiroglossal
- Lipoma - gumpalan lemak
- Bengkak nod limfa - disebabkan jangkitan kuman, limfoma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
































