
Sulit
4 tahun
Benjolan di lengan ( seakan lemak yg bertongkol)
Salam hormat doktor. Saya dapati lengan ibu saya terdapat benjolan ( seperti lemak bila ditekan) namun tiada kesakitan. Cuma kadang2 menyebabkan lengan berasa lenguh. Apakah ini memudaratkan doktor ? Usia ibu saya linkungan 40 an

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjolan di bawah ketiak ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Lymphadenitis
- Lipona
- Folliculitis - keradangan folikel rambut
- Epidermal cyst benjolan bawah kulit
- Limfoma - kanser sistem limfa
- Sebaceous cyst
Sebaiknya anda medapatkan pemeriksaan doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan. Hal ini kerana dikhuatiri terdapat masalah jangkitan yang sekiranya dibiarkan tanpa dirawat akan menjadikan benjolan semakin parah.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.