
hafizahhhaudie
4 tahun
Benjolan di payudara dan haid
Saya berumur 15 tahun. Saya mendapati terdapat benjolan pada breast belah kiri sejak lebih kurang setahun yang lepas. Tetapi saya baru mencapai haid pertama pada 20/8/2018 iaitu tahun lepas. Selain itu, haid saya juga tidak stabil. Baru-baru ini saya lihat ada lendir hitam pada panty. Saya tak pasti itu haid atau tak, tapi berdasarkan tekstur dan bau serta keadaan perut saya yang tidak mengalami kesakitan seperti sebelum ni, saya rasa bukan… saya harap doc boleh tolong terangkan. thankyou

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- fibroadenoma (ketumbuhan tisu yang bukan kanser)
- Lipoma (ketulan kulit)
- fat necrosis
- kanser payudara (Jarang pada umur muda)
Bagi masalah haid anda pula, ianya adalah normal untuk anda mengalami haid tidak teratur pada usia muda oleh kerana hormon yang masih belum stabil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.