
Sulit
5 tahun
Benjolan di payudara sebelah kanan anak saya yang berumur 9 tahun
Hi, doktor. Anak saya berumur 9 tahun. Perempuan. Saya perasan ada benjolan di payudara kanan beliau. Dia berasa sakit jika di tekan. Payudara sebelah kiri normal. Tiada benjolan. Adakah berbahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, benjolan di payudara anak perempuan anda yang berumur 9 tahun mungkin merupakan petanda mencapai tahap baligh/puberti.
Hal ini adalah biasa dan anda perlu menasihati anak anda supaya tidak mengurut atau menebuknya. Sekiranya mendapati kulit kawasan tersebut bermerah, bernanah atau anak anda mula demam, sila merujuk masalah ini kepada doktor secepat mungkin.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma. Terima kasih.