
Sulit
3 tahun
Benjolan di permukaan vagina
Saya wanita berumur 21 tahun… Mengalami sakit di bahagian bibir vagina , terdapat banyak benjolan sehingga merasa kan sakit ketika kencing . Dan juga terdapat cecair yang keluar sehingga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan , terasa gatal Dan bila duduk tidak dapat duduk dengan tegak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah benjolan di permukaan vagina. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi mengenai benjolan tersebut.
- Ketumbuhan sista pada kelenjar Bartholin ( Bartholin’s Cysts ) yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada kelenjar tersebut.
- Jangkitan herpes, sejenis jangkitan STI ( Sexual transmitted infections )
- Jangkitan HPV ( Human papilomavirus ) iaitu sejenis ketuat kelamin. Ia juga merupakan salah satu jangkitan STI dan boleh datang dan pergi.
- Fordyce Spots , iaitu sejenis ketumbuhan jerawat yang disebabkan oleh kelenjar peluh tersumbat
- Kanser vulva seperti Melanoma , Squamous cell carcinoma dan Basal cell carcinoma .
- Jangkitan kulat
Disebabkan anda mengalami gejala ini beserta kesakitan, kami sarankan anda untuk ke klinik segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut .
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.