
Sulit
3 tahun
Benjolan di tepi lubang vagina
Hai…saya wanita y sudah berkahwin…sudah 3hari ada benjolan di tepi lubang vagina,benjolan sdikit keras dan sakit…benjolan sedan shj dan xbesar…sebelum ini mmg dh biasa tumbuh benjolan,dan sy sapu ubat akn hilang…tp kali ni benjolan trasa sakit…sebelum ni xtrsa sakit sangat…benjolan betul2 ditepi lubang vagina dan hmpir dgn dubur…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah benjolan yang berlaku berhampiran dengan vagina anda dan terasa sakit. Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi mengenai benjolan tersebut.
- Ketumbuhan sista pada kelenjar Bartholin ( Bartholin’s Cysts ) yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman pada kelenjar tersebut.
- Jangkitan herpes, sejenis jangkitan STI ( Sexual transmitted infections )
- Jangkitan HPV ( Human papilomavirus ) iaitu sejenis ketuat kelamin. Ia juga merupakan salah satu jangkitan STI dan boleh datang dan pergi.
- Fordyce Spots , iaitu sejenis ketumbuhan jerawat yang disebabkan oleh kelenjar peluh tersumbat
- Kanser vulva seperti Melanoma , Squamous cell carcinoma dan Basal cell carcinoma .
- Jangkitan kulat
Disebabkan anda mengalami gejala ini beserta kesakitan, kami sarankan anda untuk ke klinik segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut .
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.