
suhairahbaharuddin
4 tahun
Benjolan di tulang rusuk kiri
Hi doc,Saya wanita berumur 27 tahun dan bekerja di sektor swasta yang memerlukan angkat, panjat dan berdiri lama. Dari saya umur 16tahun, tulang rusuk kiri saya sering kali bergesel dan sakit cuma dalam setengah jam. Baru baru ni, saya baru perasan tulang rusuk sebelah kiri saya seperti ada benjolan , berbeza dari yang kanan dan rasa nyilu dan loya bila diurut dan turut menganggu tidur saya. Saya tak pernah terlibat dalam kemalangan atau hentakan. Adakah ini normal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca sakit tulang rusuk kiri, antaranya adalah
- Kecederaan yang melibatkan tulang rusuk contohnya:
- tulang rusuk lebam
- tulang rusuk patah
- Kerosakan otot
- Costochondritis
Costochondritis ini adalah keradangan rawan pada tulang rusuk. Kebiasaannya, costochondritis akan baik pulih tanpa memerlukan rawatan tetapi ia masih bergantung kepada tahap kesakitan dalam menentukan rawatan perubatan. - Pleurisy
Pleurisy adalah keadaan keradangan yang melibatkan lapisan paru-paru dan dada. Keadaan radang paru-paru lain, seperti bronkitis, juga boleh menyebabkan sakit di sekitar sangkar tulang rusuk.
Untuk mengetahui punca masalah isteri anda dan rawatan yang bersesuaian, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.