Sulit
5 tahun
Benjolan dibawah rusuk
saya seorang ibu 3 anak, baru2 saya mengesan ada benjolan dibawah tulang rusuk saya… dan sejak benjolan itu muncul, saya telah merasa mengah ketika berjalan, sakit ketika baring sebarang posisi
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi pihak kami membuat kesimpulan. Terlalu banyak kemungkinan benjolan tersebut berasal dari kulit, otot, tulung rusuk atau organ dibawahnya. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda serta gejala yang sedang anda alami sekarang perlu ditanyakan, pemeriksaan serta ujian terperinci diperlukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
































