Anonymous
5 tahun
Benjolan dileher Kanan
Ibu saya mengalami benjolan di leher sejak ramadhan yang lalu. Dan 2,3 hari ini. Benjolan di leher ibu saya semakin membesar, bole saya tahu penyakit apa yang ibu saya alami
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,masalah benjolan di leher yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pembesaran kelenjar limfa
- pembesaran kelenjar tiroid
- tumor
- kesan sampingan ubat - ubatan
Anda memerlukan pemeriksaan fizikal lanjut bagi mengesahkan jenis benjolan yang tunbuh dileher. Sila dapatkan pemeriksaan lanjut di hospital atau klinik berdekatan.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.































