
fatihahhawa8899
5 tahun
Benjolan kecil di bahagian mata kiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera doktor. Saya berumur 18 tahun dan saya mempunyai satu benjolan kecil di bahagian mata kiri saya, ia nampak normal jika dilihat seperti biasa, tapi bila sentuh bahagian kelopak mata belah kiri saya, akan ada rasa satu benjolan kecil di bahagian mata, saya dah jumpa doktor tapi doktor bagitau yang saya mungkin menghidapi masalah ketumbit, namun masalah ketumbit biasanya akan buat mata kita membengkak dan merah bukan? Tak silap saya, masalah ketumbit hanya sekejap sahaja namun,sekarang sudah hampir dua tahun mata saya ada benjolan kecil tu dan tidak membesar seperti masalah ketumbit. Ia tidak sakit tapi saya tertanya-tanya apa masalah yang saya hadapi sebenarnya?boleh doktor terangkan? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Terdapat beberapa kemungkinan yang menyebabkan benjolan keras di atas kelopak mata anda, antaranya:
Jerawat di bawah mata
Ketumbit (Stye)
Benjolan disebabkan jangkitan kuman
Benjolan lemak atau tisu fiber
Objek asing masuk ke dalam mata
Saya menyarankan agar anda mendapatkan pemeriksaan di klinik bagi memastikan punca benjolan di kelopak mata anda. Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih