
Sulit
5 tahun
Benjolan kecil di ketiak
Salam sejahtera doctor… Sy ada masalah pada hari keempat haid sy rasa sakit di bahagian tangan sampai bahu dan ade merasa timbul benjolan di ketiak. sebelum itu saya memang ada mencukur dan sy guna deodarant garam kristal,dan saya ada angkat barang berat setiap hari. akan tetapi skrg benjolan itu masih ada,tp sy sudah habis haid 4hari lepas, akan tetapi benjolan semakin mengecil dan sudah tidak sakit lagi macam hari 1-3 sewaktu mula timbul… benjolan hanya besar sehari, dan makin kecil sehingga hari ni… Hari ni genap 1 minggu benjolan tersebut tapi dah tidak sakit dan benjol dah mengecil… saya bimbang sgt doc…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, benjolan di bawah ketiak ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Lymphadenitis
- Hidradenitis supurativa
- Folliculitis - keradangan folikel rambut
- Epidermal cyst benjolan bawah kulit
- Limfoma - kanser sistem limfa
- Fibroadenoma - ketumbuhan jinak (bukan kanser)
Sebaiknya anda medapatkan pemeriksaan doktor untuk dilakukan pemeriksaan lanjutan. Hal ini kerana dikhuatiri terdapat masalah jangkitan yang sekiranya dibiarkan tanpa dirawat akan menjadikan benjolan semakin parah.
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.