
Anonymous
4 tahun
Benjolan kelenjar thyroid semakin membesar
Saya wanita berusia 40 tahun dan kelenjar thyroid semakin membesar semenjak akhir-akhir ini disertai dengan rasa sakit leher. Saya telah lama menghidap thyroid cyst tetapi kadang- kadang bengkak akan mengecil dengan sendiri menyebabkan saya tidak mengambil apa- apa rawatan lanjut. Namun bengkakan pada kelenjar thyroid ini tidak mengecil langsung untuk beberapa bulan ini menyebabkan saya merasa risau dan adakah rasa sakit dileher mempunyai kaitan dengan cyst di kelenjar thyroid saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan puan, memandangkan puan mengalami gejala kalenjar tiroid yang semakin membesar dan rasa sakit dileher, anda amat disarankan untuk segera merujuk kepada doktor endocrinology bagi merawat masalah tiroid anda.
Pihak kami sukar untuk membuat sebarang kesimpulan tanpa maklumat lanjut tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.