
Sulit
4 tahun
Benjolan Keloidalis Nuchae dan gatal gatal
Hi, saya lelaki berumur 26 tahun. Saya mempunyai masalah ketumbuhan seperti keloid di belakang leher bahagian rambut. Kadang kadang seperti keluar cecair dan gatal dan kemudian akan kering mengelupas.tetapi tidak mengecut. fizikalnya seperti keloid. Apakah rawatan yang doktor akan lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Keloid merupakan parut yang terlebih membesar dan bukannya satu ketumbuhan. Oleh itu, terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.