
Anonymous
4 tahun
Benjolan keras dan sakit di ketiak kiri
Saya berumur 35thn dan mempunyai 2org anak. Beberapa hari lepas saya telah mencukur bulu ketiak saya. Selepas itu…sehari saya dapati ketiak sakit dan trdapat benjolan keras didalam. Bila tekan sgt skit. Keras si dalam dan besar juga. Adakah brbahaya. Apakah ubat dancara mengubatinya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Biasanya benjolan di ketiak boleh disebabkan oleh:
- Foliculitis : Jangkitan pada folikel rambut. Disebabkan bahagian ketiak yang berlipat, mudah berpeluh dan memudahkan bakteria membiak, ini memudahkan masalah ini berlaku.
- Tindakan sering bercukur juga boleh menyebabkan luka dan jangkitan atau keradangan
- Benjolan lemak atau tisu fiber
- Bengkak pada kalenjar limfa
Kuman penyebab jangkitan boleh berpindah melalui sentuhan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!