
Sulit
5 tahun
Benjolan keras di belakang telinga
Saya wanita berumur 28 tahun, dekat belakang telinga dkt leher, ada naik ketulan keras. Sudah 2 minggu…tp tk rasa sakit…cuma 4-5 hari lepas ada rasa sakit. Tp skrg tk sakit unless di tekan…tp saya perasan sejak semalam ada 1 benjolan lagi di bawah sedikit dri benjolan pertama dan di belakang leher, dan 1 benjolan lagi di kepala.
Yang benjolan pertama ianya keras dan tak sakit kecuali ditekan. Saya pernah letak ais di atas benjolan tersebut, dia mcm tak menojol sgt tapi esoknye dia kembali seperti asal. Tapi yg 2 benjolan baru, so far masih lagi belum keras.
Adakah ini limfoma? Atau adakah saya hidap kanser?
Sebelum ni saya selalu tegang leher beserta pening tapi sudah seminggu dah elok…pening2 kepala ada juga la kadang2 selepas sembuh dari tegang leher. Mual, muntah mmg tiada.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bengkak dan sakit telinga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- mastoiditis
- limfadenitis
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.