
Sulit
4 tahun
Benjolan ketumbit tidak hilang
Saya wanita 20 an . Saya sering mengalami ketumbit setiap tahun pada mata sebelah bawah. (Kiri)Walaupun sudah lega. Tetapi bekas benjolan masih ada . Bagaimanakah cara hilang benjolan tersebut doktor? Saya harap doctor dapat beri penerangan dengan teliti cara mengubati bekas benjolan ketumbit.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, ketumbit biasanya disebabkan oleh jangkitan pada folikel bulu mata. Bagi merawat jangkitan biasanya ubat antibiotik digunakan. Namun begitu, sesetengah jangkitan tidak akan sembuh selagi nanah di dalam jangkitan seperti ketumbit tersebut dikeluarkan. Biasanya pembedahan ketumbit merupakan pembedahan kecil untuk membuang nanah dan biji ketumbit tersebut. Sila rujuk kepada doktor di klinik atau doktor mata bagi rawatan selanjutnya. Selalunya tiada kaitan waktu ketumbit biasa terjadi. Mungkin ianya adalah satu kebetulan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.