
Sulit
5 tahun
Benjolan Nanah Jangkitan
Saya ada nanah akibat jangkitan. Macamana nak hilangkan benjolan nanah tersebut? saiznya separuh dari syiling 10 sen, tempat nya berada di belakang anus, saya dapati dia terasa agak sakit kalau saya picit bahagian benjolan semasa membuang air besar kerana ia melekat pada dinding dalaman anus. Hanya sedikit sahaja nampak permukaan luar benjolan, Selebihnya berada di dalam. Kalau saya biarkan akan mengeluarkan sedikit nanah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kelainan kulit dibahagian dubur yang sakit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- abses anus mirip nanah
- fistula ani mempunyai lubang kecil yang mengeluarkan najis
- hidradenitis supurativa yaitu masalah penyumbatan pada saluran kelenjar apokrin pada kulit yang bergesel seperti ketiak, celah paha dan sebagainya
- sinus pilonidal adalah kantung yang terbentuk mengandungi sisa kulit mati dan rambut
- furunkel ataupun karbunkel ialah jangkitan sekeliling folikel rambut
Sebaiknya anda merujuk ke doktor agar dapat dilakukan pemeriksaan lanjut dan diberikan diagnosis yang jelas supaya dapat diberikan perawatan yang tepat dan efektif. Disamping pengubatan yang akan diberikan doktor, hal berikut adalah digalakkan untuk mengurangkan berat gejala:
- Menjaga kebersihan tempat yang terkena seperti dubur
- Kurangkan berat badan (pada pesakit gemuk) untuk mengelakkan kulit bergesel
- Penggunaan sabun sesuai cadangan doktor
- Lakukan kompres panas
- Memakai pakaian longgar
- Lakukan pemotongan bulu dubur untuk mengurangkan keradangan
- Berhenti merokok kerana merokok boleh menyebabkan sel-sel tubuh rosak
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kesihatan kulit serta keselesaan membuang najis, maka sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.