
Sulit
4 tahun
Benjolan pada bahagian luar bibir faraj
Saya remaja perempuan dalam usia 18 tahun yang mengalami benjolan pada bahagian faraj. Benjolan tersebut tidak sakit sekiranya dibiarkan namun apabila disentuh atau bergesel dengan seluar dalam akan terasa sakit. Ingin saya maklumkan bahawa benjolan tersebut terletak di luar bibir faraj. Saya pada awalnya menyangka ia merupakan ingrown hair namun saya tidak pernah mencukur bulubdi bahagian faraj, saya hanya trim dengan gunting. Adakah saya perlu ke klinik untuk rawatan lanjut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jerawat
Gumpalan tisu fiber
Kelenjar bengkak
Foliculitis
Cyst/Kista
Nanah akibat jangkitan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor terutama sekali sekiranya masalah yang anda hadapi berlarutan atau semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.