
Sulit
4 tahun
Benjolan pada bukaan vagina
Hi doctor. Saya berumur 19 tahun Dan masih dara. Saya mula perasan bukaan vagina terasa seperti ada benjolan berbentuk bulat semasa buang air kecil. Benjolan tersebut tidak sakit dan menimbulkan masalah lain. Saya cuma risau tentang permukaan vagina saya yang terasa macam tu. Adakah in normal doctor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Namun, secara amnya masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Benjolan lemak
Gumpalan tisu fiber
Kelenjar bengkak
Foliculitis
Cyst/Kista
Nanah akibat jangkitan
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.