Sulit

3 tahun

Benjolan sebesar 4cm dekat breast k

Saya wanita 21tahun dan belum berkahwin saya menyedari ada ketumbuhan pada breast saya sebesar 4CM bejolan tu tidak sakit tapi sejak saya buat ujian pengambilan tisu dia menjadi sakit bila disentuh dan tumbuh benjolan nanah menyebabkan saya demam. Dan kulit di breast saya berubah menjadi merekah dan kebiruan. Apakah ini petanda matitis atau breast cancer? Dan saya mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser payudara…

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara simptom-simptom mastitis ataupun jangkitan pada payudara adalah:

  • kesakitan
  • benjolan
  • keletihan
  • demam
  • abscess

Antara simptom-simptom kanser payudara pula adalah:

  • benjolan pada payudara ataupun ketiak
  • iritasi
  • kemerahan pada bahagian puting
  • keluar darah daripada puting
  • perubahan pada saiz atau bentuk payudara
  • kesakitan di mana-mana bahagian payudara

Selain mastitis dan kanser payudara, ketulan di payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Ketulan susu
  • Fibroadenoma payudara
  • Radang payudara
  • Lipoma (ketulan kulit)

Ketulan ini juga boleh jadi ketika hampir waktu period kerana perubahan hormon, gejala lain yang biasa dilaporkan adalah sakit di payudara ketika tarikh hampir period dan ini dikenali sebagai cyclical breast pain . Namun begitu, saya tidak boleh membuat apa apa konklusi kerana pemeriksaan fizikal perlu dilakukan di klinik bagi mengetahui keadaan sebenar. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Anda juga boleh membuat pemeriksaan sendiri payudara(PSP) di rumah bagi mengesan tanda awal kanser, ia merangkumi 5 langkah berikut:

  1. Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara.
  2. Rasa sebarang perubahan secara berbaring.
  3. Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan.
  4. Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak.
  5. Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi.

Ujian PSP dinasihatkan untuk dilakukan sebulan sekali. Waktu yang sesuai ialah 7-10 hari selepas haid.

Dapatkan kesihatan wanita yang maksimum demi kesejahteraan anda !

Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.

1

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)