
Sulit
3 tahun
Benjolan secara tiba2
Hello doc, saya lelaki berumur 20 tahun, saya mempunyai benjolan di celah punggung, tahun lepas di dua2 belah ketiak tetapi sudah hilang 90%… adakah saya mengalami penyakit yang berbahaya.

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala benjolan di bahagian punggung. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- Abses/Bisul (Nanah akibat jangkitan kuman pada kulit)
- Folliculitis (Jangkitan follikel kulit)
- Lebam akibat trauma
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.