
Sulit
4 tahun
Benjolan seperti guli kecil di rahang kanan bawah gigi
Hi,anak saya berumur lingkungan 2 tahun setengah, boleh doctor terangkan masalah ini dengan lebih terperinci, adakah masalah ini adalah langkah awal atau boleh membawa kepada bahaya?mohon pencerahan daripada doctor

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gangguan yang sikecil alami boleh melibatkan gejala penyakit seperti:
- Radang tonsil, peritonsil atau tonsillitis
- Radang atau abses rahang
- Jangkitan kuman di kawasan gusi & mulut
- Tanda-tanda pertumbuhan gigi yang normal atau abnormal
Saya sarankan anda untuk merujuk ke doktor dalam waktu yang terdekat kerana dikhuatiri gejala tersebut boleh menggangu kesihatan gigi & gusi, saluran pernafasan mahupun saluran makan.
Namun buat sementara waktu anda boleh memastikan bahawa anak anda:
- berehat secukupnya
- kerap minum air atau hindari dehidrasi
- menjaga kesihatan dan kebersihan gii & mulut
- elakkan makanan dan minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).