
Sulit
5 tahun
Benjolan seperti jerawat di kulit buah zakar
Saya berumur 24 tahun, saya mengalami penyakit seperti jerawat di kulit buah zakar. Jerawat ini tidak boleh dipicit dan jerawat ini telah berada di kawasan tersebut dalam tempoh masa yg lama. Saya tidak pernah melakukan hubungan seks, apakah penyakit tersebut dan cara merawatnya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala benjolan pada buah zakar anda boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kista (cyst) kulit
- Jerawat
- Gigitan serangga atau jangkitan kuman
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.