
Sulit
4 tahun
Bentan boleh berlaku menaiki kereta selama sejam?
bersalin dia hospital berdekatan dengan rumah dan ingin pulang ke kampung yang mengambil masa sejam untuk sampai untuk berpantang bersama ibu sendiri adakah akan berlakunya bentan ? sekirannya terlalu lama duduk di dalam kereta ? boleh doctor perjelaskan isu ini ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan. Untuk maklumat anda, tiada masalah untuk duduk sebentar dalam perjalanan selepas bersalin. Untuk maklumat anda, bentan adalah jangkitan kuman atau masalah yang sering dikaitkan selepas bersalin. Bentan juga merupakan isyarat atau signal yang diberikan oleh tubuh untuk meminta bantuan perubatan. Antara gejala-gejala bentan adalah:
- Demam
- Sukar bernafas
- Sakit di kawasan peranakan
- Tumpah darah
- Pitam
- Loya
- Jantung berdegup kencang
- Terdapat cecair berbau keluar daripada faraj
- Sekiranya bersalin melalui kaedah Caesarean section (C-section):
- Nanah di kawasan pembedahan
- Sakit di kawasan pembedahan
- Cecair berbau di kawasan pembedahan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya isteri anda mengalami gejala yang disebutkan di atas, sila rujuk ke klinik atau hospital dengan segera kerana komplikasi boleh berlaku sekiranya rawatan segera tidak dilakukan. Ia tidak ada kena mengena dengan berpantang.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.