
Sulit
3 tahun
Bentik dan lebam di peha
Saya berumur 18 tahun dan boleh juga dikatakan obesiti ini pertama kali terjadi saya perasan tadi pada peha kiri saya ada bintik seakan darah beku macam lebam di peha benda ni serius ke? Saya kena pergi jumpa doktor ke? Saya kena diet terus ke?

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian perut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Lebam diakibatkan pendarahan kecil dibawah kulit yang selalunya tidak bahaya. Ia akan hilang dan sembuh dengan sendirinya. Untuk makluman anda, masalah mudah berdarah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengambilan ubat cair darah
- Bilangan platelet rendah
- Kekurangan pengambilan zat besi, zat folate dan vitamin b12
- Minuman beralkohol
- Mengandung
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami untuk mendapatkan maklumat yang lanjut mengenai masalah anda.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.