
Sulit
4 tahun
Bentuk payudara tak seimbang
2 hari lepas sy ada melakukan senaman di atas alat senaman gintel yg bergegar tu, about 30 minit juga la. without bra. then that night sy rsa mcm ada prubahan pd payudara. bentuk mcm tak seimbang. sy tak tau smada mata sy yg slh atau mmg tak seimbang. payudara sblh kanan lebih pjg berbanding sblh kiri. nipple payudara sblh kiri pula mcm tmsuk sikit. adakah sy berisiko mndpt kanser payudara. Umur sy 19 dan akan msuk 20 november tahun ni. bole tlg bg penjelasan? adkah saya perlu berjumpa doktor di klinik? right after bersenam hritu, ketiak sblh kanan sakit tp tak lama. sbb msa lakukan s
senaman tu, sy dduk dan regangkan tgn dan naikkan bahu. Sy risau sgt. tlg bg pncerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah payudara. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, payudara yang tidak seimbang saiz/bentuk adalah perkara yang biasa, tetapi terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan hal ini, seperti:
- perubahan hormon
- ovulasi ketika haid
- kecederaan
- cyst
- ketumbuhan atau kanser payudara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.