
Sulit
4 tahun
Bentuk payudara tidak sama
Kenapa bentuk payudara saya tidak sama ya ? Sebelah ok lagi sebelah nampak kendur sikit. Rasa sakit tu kadang ii je. Tak selalu

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, payudara yang berbeza saiz sedikit adalah normal. Tiada cara yang membuatnya sama saiz. Sekiranya perbezaanya terlalu ketara, anda perlu memeriksa payudara anda untuk mengesan sebarang ketumbuhan.
Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda mengalami kesakitan pada payudara seperti:
- Ketidakseimbangan hormon
- Penggunaan pil perancang atau kontraseptif
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Kedatangan haid (Cyclical breast prain)
- Jangkitan kuman pada tisu payu dara
- Penyakit keradangan payu dara ( Mastitis )
- Sista payu dara
- Kanser payu dara
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.