
syafiqanurul0311
5 tahun
Berak Berdarah 2hari berturut-turut
Saya wanita 20an.Doktor ad bgitahu saya ad haemorrhoids stage 1.Sebelum ni sye kerap sakit dalam perut, saya pergi klinik saya bagitahu kepada doktor mungkin gastrik, doktor bgi ubat gastrik mlalui suntikan. Walapun dh dpt rawatan sakit perut still xhilang2. 27hb2.2020 plk perkara yg sama terjadi. Kli ni stiap kli berak akan kluar darah yg banyak. Hri ni dh masuk hari kedua kluar darah yg banyak. Selepas kluar darah tubuh terasa letih, kepala jadi pening2. Apa yang perlu sye lakukan? Adakah saya perlu pergi hospital lagi untuk buat pemeriksaan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Memandangkan anda berasa letih dan pening-pening setelah berak berdarah, kemungkinan yang terjadi adalah bahawa anda kehilanga darah yang banyak sehingga menyebabkan gejala ini. Oleh itu, anda perlu merujuk ke doktor untuk pemeriksaan ulang kerana dikhuatiri kehilangan darah yang banyak ini akan menyebabkan bahaya.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.