
anonymous
5 tahun
Berak berdarah akan sembuh
saya berumur 20-an ingin bertanya adakah berak berdarah akan sembuh sendiri tanpa sebarang rawatan ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berdarah boleh disebabkan:
- Jangkitan dalam usus oleh bakteria seperti salmonella, E.coli
- Penyakit radang usus
- Penyakit penghadaman seperti penyakit Coeliac
- Penyakit sindrom uremia hemolisis (Hemolytic Uremic Syndrome) akibat makan daging kurang masak
- Buasir
- Ketumbuhan dalam usus - risiko lain seperti sejarah kekeluargaan yang mempunyai ketumbuhan dalam usus, hilang berat badan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Gejala najis berdarah adalah sesuatu yang tidak normal dan jika tidak diketahui puncanya ia boleh membahayakan kesihatan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.