
bittersweetsyera
5 tahun
Berak berdarah baru pertama kali
Saya wanita lewat 20-an. Sebentar tadi saya baru membuang air besar. Saya terkejut apabila mendapati najis bercampur darah, warna agak gelap, dan ada darah yang keluar bersama tetapi kuantiti tidak banyak, dan darah kelihatan fresh. Saya tiada sakit perut memulas atau apa2 sahaja simptom yang pelik. Tiba-tiba sahaja terjadi sebegini dan ianya pertama kali terjadi. Apakah punca dan sebab doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berdarah ini boleh disebabkan:
- Buasir
- Luka pada lubang dubur - akibat selalu menekan ketika membuang air besar
- Kesan ubat-ubatan seperti aspirin
- Masalah pembekuan darah
- Penyakit radang usus
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.