
Anonymous
5 tahun
Berak berdarah dan kejang kaki
Saya pelajar yg berusia 19 tahun…Saya lama dah mengalami berak berdarah tapi saya tidak menerima rawatan kerana merasai perkara ini hanyalah perkara biasa…Selain itu saya mengalami simptom lesu, kejang kaki dan lelah.,simptom ini semakin jelas kelihatan apabila malm ini apabila saya ingin membuang air besar, saya rasa susah nak buang…saya rasa seperti tersekat…lepas tu saya perasaan najis saya menjadi kecil dan bewarna hitam…selepas membuang air besar saya rasa seperti tidak puas dan ada lagi najis tersebut dalam perut saya…apa yg perlu saya lakukan doktor? Dan apa sakit saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gejala najis berdarah yang anda alami:
- Buasir yang anda alami semakin teruk
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Berdasarka gejala-gejala lain yang anda nyatakan, anda harus segera berjumpa doktor.
Untuk mengetahui punca sebenara masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.