
Sulit
5 tahun
Berak Berdarah Dan Sakit Dalam Perut
Saya wanita dalam 20an dan saya berak berdarah dari semalam. Masa berak saya tak rasa sakit pun. Najis saya lembut. Darah berwarna merah terang. Lepas berak saya sakit belakang dan dalam perut. Saya juga mengalami keadaan dimana kadang kadang sembelit, kadang kadang cirit birit dan normal. Kenapa ye doktor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berdarah ini boleh disebabkan:
- Sembelit yang berpanjangan
- Buasir
- Jangkitan dalam usus - seperti jangkitan salmonella yang juga boleh menyebabkan sakit perut
- Penyakit radang usus
- Luka pada lubang dubur
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.