Sulit
3 tahun
Berak berdarah dan tidak dapat tidur malam setiap hari
Saya seorang perempuan yang merupakan pelajar kolej,saya berumur 18th sejak kebelakangan ini saya selalu berak berdarah dan tidak dapat tidur malam setiap hari…saya mendapati penglihatan saya semakin kabur pada waktu malam.Saya ingin bertanya kepada doktor,adakah saya menghadapi penyakit yang kronik?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berdarah ini boleh disebabkan:
- Buasir
- Saluran darah pada punggung pecah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan ubat seperti aspirin
- Kesan sembelit
- Polip (ketumbuhan) dalam usus
Bagi mengurangkan masalah yang anda alami, anda boleh amalkan beberapa langkah seperti minum air kosong banyak, perbanyakkan makanan berserat seperti sayuran hijau dan tidak meneran ketika buang air besar. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.