
anonymous
5 tahun
Berak berdarah di kesan melalui tisu
saya lelaki berumur 20-an telah membuang air besar. Setelah saya selesai membuang air besar, saya mendapati tisu mempunyai kesan darah setelah selesai membuang air besar tetapi najis saya normal (warna coklat) dan tidak hitam. Saya juga tidak mengalami sebarang buasir atau sembelit. Adakah saya mengalami penyakit usus atau sebaliknya ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sembelit atau najis yang keras boleh menyebabkan kulit sekitar dubur tercedera lalu menyebabkan masalah yang anda sebut. Keadaan tersebut merupakan perkara biasa dan akan pulih dalam masa seminggu dua.
Penyakit usus akan disyaki jika:
- Sering cirit birit atau sembelit
- Penurunan berat badan yang jelas
- Sakit perut atau bahagian abdomen yang serius atau berlarutan
- Najis berdarah
- Kekurangan darah atau anemia
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.