
Sulit
5 tahun
Berak berdarah.kerap seperti cirit birit tapi najis lembut dan kadang sembelit
Saya lelaki berumur 34 tahun,dalam dua minggu ni saya mengalami gejala cirit birit dan sakit perut sebelah kiri.lepas rujuk di klinik doktor bagi ubat cirit birit,tapi masalahnya kadang2 sembelit kadang2 cirit birit.buang air besar sehari 4-5 hari tapi najisnya kadang lembut kadang keras.sejak semalam najis saya bercampur darah walaupun najisnya lembut.pagi ni masih lagi berdarah walaupun tidak sembelit.darah keluar sekali dengan najis.adakah tanda buasir dalaman atau IBS rengsa usus.saya menjadi stress dan kerja terganggu asyik memikirkan masalah ini

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keluhan yang dialami boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Buasir
- Divertikulum
- Sembelit
- Inflammatory bowel disease
- Kanser usus
- Irritable bowel syndrome
Melihat kepada banyaknya penyakit yang dapat mendasari serta khuatir akan perburukan penyakit, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.