Sulit
2 tahun
Berak berdarah namun ianya tidak sakit dan tiada masalah sembelit mahupun cirit birit
Saya lelaki berusia 30tahun,bekas perokok tegar. Saya alami masalah berak berdarah sudah 3tahun. Namun tahun ni semakin banyak. Saya tiada masalah sembelit dan cirit birit,setiap hari minimum sekali saya akan buang air besar waktu pagi. Perut saya jugak tidak sakit. Cuma saya khawatirkan darah tu semakin banyak dan beberapa kali berak hanya ketulan darah dan cairan darah sahaja. 2 tahun lalu pernah jumpa doktor dan mengatakan ianya bukan buasir dan disarankan minum air yang banyak. Keluarga saya tidak pernah ada sejarah penyakit berkaitan usus atau buasir.
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Terdapat beberapa sebab yang boleh menjelaskan keadaan yang anda alami, seperti:
- Buasir ( hemorrhoid )
- Anal fistula (rekahan pada bukaan lubang punggung)
- Tahi yang keras
- Ulser di saluran usus
- Inflammatory bowel diseases ( ulcerative colitis atau penyakit Crohn)
- Kanser usus
Ini hanyalah keterangan kami secara am. Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan dapat diberikan. Ia juga boleh berpunca dari sebab yang tidak disebutkan di atas.
Sila berjumpa dengan doktor segera kerana anda mengalami najis berdarah dan ia memerlukan perhatian segera oleh doktor dan anda kerana kehilangan darah boleh menyebabkan masalah lain pula.
Sila pantau gejala anda dan sila beri perhatian kepada gejala ini dan berjumpa dengan doktor sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Pucat
- Pitam
- Lemah badan dan lesu
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Sakit perut
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami tentang masalah yang dihadapi. Terima kasih.