
anonymous
5 tahun
Berak berdarah tapi najis normal
Saya lelaki berumur 20 tahun mengalami berak berdarah 5 hari yang lalu. 2 hari yang lalu, saya mengalami cirit birit dan sekali lagi ia simpton yang sama iaitu berak berdarah. Tetapi saya mendapati najis normal (kuning & coklat) dan tidak hitam. Saya tidak mengalami sebarang buasir dan sembelit. Adakah saya mengalami penyakit usus ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berdarah yang anda alami boleh disebabkan:
- Buasir
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Jangkitan kuman dalam usus seperti salmonellla, E.coli
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti penyakit radang usus
- Ulser rektum
- Kesan ubat terutamanya ubat kelas NSAID seperti ibuprofen/aspirin
Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga seperti kanser usus atau penyakit usus, dan mempunyai gejala seperti hilang berat badan dan lemah anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.