
Sulit
4 tahun
Berak berdarah, tapi tidak sakit
Salam saya berumur 21 tahun, baru baru ini, saya ada berak berdarah. Darah cair keluar selepas najis keluar sahaja dan tidak sakit. Tapi sebelum ni ada sembelit dan kesukaran untuk meneran. Adakah darah itu tanda buasir ataupun luka dari sembelit tu? Dan patut ke saya segera ke hospital

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berdarah ini boleh disebabkan:
- Buasir
- Saluran darah pada punggung pecah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan ubat seperti aspirin
- Kesan sembelit
- Polip (ketumbuhan) dalam usus
Bagi mengurangkan masalah yang anda alami, anda boleh amalkan beberapa langkah seperti minum air kosong banyak, perbanyakkan makanan berserat seperti sayuran hijau dan tidak meneran ketika buang air besar.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.