
nurallisasuhada6
5 tahun
Berak berdarah terlalu kerap
Saya gadis berusia 19 tahun . Saya mempunyai masalah yang membimbangkan saya . Ketika bulan puasa 2019 selama sebulan saya berak berdarah . Sejak dari itu hingga la sekarang saya kerap berak berdarah walaupun najis saya lembik . Semenjak 2 hari ini . Darah menjadi seperti ketulan dan semakin banyak . Apabila semakin banyak perut saya akan merasa begitu sakit . Saya telah merujuk kepada doktor swasta dan doktor kerajaan tapi masih sama . Perut dibelah kiri saya sentiasa sakit apabila darah keluar . Apakah penyebab nya doktor

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman cik, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Diverticulitis atau diverticulosis
- Polyps usus
- Keradangan usus (Inflammatory bowel disease)
- Buasir dalaman
- Ovarian cyst
- Endometriosis
- Ulser perut kronik
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar berdekatan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.