
Sulit
4 tahun
Berak najis keras kuning
Hello dokter selamat berpuasa apakah normal kalau kita berak keluar najis yang keras kuning dan terapung

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, mempunyai najis yang terapung dan berwarna kekuningan boleh menjadi normal atau tidak normal.
Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan najis terapung, seperti:
- Masalah penghadaman
- Makanan seperti sayur, kekacang, makanan berminyak
- Lactose intolerance
- Penyakit celiac (celiac disease)
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di bawah:
- Sakit perut
- Sembelit
- Najis berdarah
- Perubahan terhadap kekerapan membuang air besar
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.