
Sulit
4 tahun
Berak tak puas dari tahun lepas
Saya tahun lepas pernah kena sembelit dan sampai sekarang ni saya masih lagi rasa tak puas berak.kadang2 bila berak tu ada lebihan taik yang tak boleh nak neran saya perlu guna jari .saya bimbang dengan masalah ni.kenapa ye doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, berak tidak puas boleh terjadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Buasir
- Ketumbuhan pada rektum
- Sembelit
- Divertikulum
- Inflammatory bowel disease
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut beserta pertanyaan tentang sejarah kesihatan anda yang lebih teliti. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.