
Sulit
4 tahun
Berapa hari darah period akan turun selepas makan ubat turun darah untuk period sbb sy belum sedia untuk preggy.skrg ank da 3 org dan ketiga tiga bersalun secara czer
Saya sudah mempunyai 3 org ank dan belik sedia utk preggy lg… selepas mkn ubt turunkan darah period berapa hari selepas mkn ubat tu darah period akn trun ya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu kerana pemeriksaan perlu dibuat sebelum pengambilan ubat turun darah haid. Pendarahan yang disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan hormon tersebut adalah disebabkan penurunan tahap hormon mengakibatkan lapisan rahim anda (endometrium) gugur. Pendarahan ini mungkin sedikit berbeza daripada tempoh yang anda alami sebelum mengambil pil. Ia juga boleh berubah dari masa ke masa semasa mengambil pil.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Sekiranya anda belum bersedia untuk mengandung, anda dinasihatkan untuk mengamalkan kaedah perancang kehamilan, seperti:
- Penggunaan kondom
- Pil makan yang diambil 21 hari/28 hari
- suntikan hormon setiap 3 bulan
- pemasangan implan setiap 3 tahun
- alat pencegah kehamilan di rahim dalam masa 5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih