Anonymous
4 tahun
Berapa kali perlu ambil anucare sehari untuk rawatan buasir
saya ada beli anucare supp. berapa kalikah saya perlu ambil sehari?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, kebiasaannya Annucare Suppository digunakan sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam serta setiap kali selepas anda membuang air besar.
Namun begitu, adalah lebih baik jika anda merujuk kepada doktor tentang tahap buasir anda bagi mengetahui rawatan yang sesuai untuk masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.