
ematan82
5 tahun
Berapa lama darah akan berhenti selepas cuci dinding rahim
saya wanita dalam umur 37 tahun. hai doc, sy baru je lepas seminggu cuci dinding rahim akibat period berpanjangan, soalan sy…doc juga ada bekalkan ubat sunolut (2 biji lg habis di makan), antibiotik (sudah hbs di makan) dan ubat tahan sakit. berapa lama darah akan berhenti dan kembali seperti normal?untuk makluman doc darah tidak la banyak keluar seperti sebelum ini, cuma ia agak merisaukan sy, bole doc terangkan secara terperinci

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan diatas, kami memahami kebimbangan tentang gejala yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala yang anda hadapi itu normal untuk berlaku selepas pembedahan tersebut. Namun, ia akan berkurangan dan beransur pulih. Tempoh pendarahan bergantung kepada individu kerana setiap badan manusia itu unik. Walaubagaimanapun, jika anda mendapati pendarahan tersebut semakin meningkat, berketul, berbau, anda mengalami demam, anda harus mendapatkan rawatan lanjut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan untuk merujuk doktor umum sebelum ke doktor pakar untuk dilakukan evaluasi lanjut tentang masalah anda ini. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.