
marie
6 tahun
Berapa lama jangkitan kulat nak sembuh
hi doctor . sy berumur 21 tahun. baru2 ini saya menghidapi jagkitan kulat pada vagina akan tetapi saya tidak mngalami keputihan yg berlebihan dan berbau . keputihan ada cuma tidak begitu banyak. gatal juga agak berkurangan. bengkak masih ada sikit. adakah saya boleh melakukan hubungn kelamin pada masa ini dan bagaimana untuk mengetahui miss v saya sembuh sepenuhnya dari jangkitan kulat ?

6 tahun
Hai, terima kasih di atas persoalan anda. Keputihan yang keluar daripada kemaluan boleh menandakan banyak perkara. Salah satunya, ya, boleh jadi ianya merupakan jangkitan kulat.
Jangkitan kulat pada bahagian kemaluan merupakan sebuah keadaan yang berlaku apabila seseorang itu mempunyai beberapa faktor seperti sistem imunisasi yang lemah, kondisi yang menyebabkan tahap asid di dalam faraj berkurangan dan ketidak seimbangan hormon di dalam badan.
Keadaan seperti kencing manis, terapi rawatan kanser, terapi kortokosteroid seperti yang diterima oleh pesakit yang menerima transplantasi organ dan pesakit-pesakit yang dijangkiti AIDS/HIV. Apabila sistem imuniti menjadi lemah, tubuh badan akan mengalami kesukaran di dalam mempertahankan diri daripada mengalami jangkitan.
Selain daripada itu, keadaan ini boleh juga dialami oleh wanita yang sihat. Apabila seseorang wanita itu kerap mencuci/mewangikan faraj, keseimbangan bakteria semulajadi di dalam faraj akan terganggu.
Namun, terdapat banyak jangkitan-jangkitan faraj yang lain seperti bacterial vaginosis, trichomoniasis, chlamydia, gonorrhea dan lain-lain yang boleh memberikan simptom yang sama. Oleh sebab itu, memastikan diagnosis yang betul dicapai amatlah penting.
Saya ingin menasihatkan agar anda berjumpa semula dengan doktor anda supaya pemeriksaan perubatan yang rapi boleh dilakukan oleh doktor. Harap jawapan ini membantu. Sekian, terima kasih.

6 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan anda. Masalah jangkitan kulat pada vagina adalah salah satu masalah yang sering dihadapi oleh golongan wanita. Mereka yang berisiko tinggi untuk menghidap masalah yang disebabkan oleh kulat bernama Candida Albicans ini adalah wanita mengandung, yang menghidap kencing manis atau masalah kegemukan, yang mengambil rawatan kemoterapi, antibiotic atau steroid pada dos yang tinggi. Mereka yang mengalami masalah tekanan perasaan dan kekurangan zat makanan juga seringkali dijangkiti.
Untuk mengetahui adakah anda sudah bebas dari jangkitan ini, anda boleh lihat sekiranya simtom-simtom yang saya senaraikan telah pulih, bermakna anda telah pulih dari masalah ini
Untuk mengelakkan jangkitan ini adalah penting untuk anda melakukan perkara-perkara berikut:
- Mengelakkan pemakaian seluar dalam dari kain sintetik
- Membersihkan faraj dengan sabun khas untuk bahagian tersebut dan elakkan penggunaan sabun biasa
- Elakkan memakai wangian pada faraj
- Pastikan kawasan faraj kering dan bersih
- Kawal paras gula dalam darah sekiranya menghidap kencing manis

6 tahun
Hai, Selamat pagi. Terima kasih saudari atas soalan ini.
Jangkitan kulat di faraj atau lebih dikenali sebagai candidiasis adalah sejenis jangkitan disebabkan oleh pembiakan kulat Candida albican yang tidak terkawal. Kulat ini biasa ditemukan di dalam usus, mulut dan faraj tetapi ia tidak menimbulkan sebarang masalah jika pembiakan kulat ini dikawal pada kadar yang normal.
Antara simptom-simptom yang biasa diadukan kepada doktor sekiranya seseorang wanita terkena jangkitan kulat di faraj ialah:
- Keluar cecair putih yang pekat yang bergumpal seakan-akan keju cottage
- Tidak atau sedikit mengeluarkan bau yang tidak enak
- Gatal atau rasa terbakar di alat kelamin
- Sakit ketika bersetubuh
Namun, bukan semua orang yang mendapat jangkitan kulat ini akan mempunyai simptom yang sama. Sila berjumpa dan bercakap dengan doktor untuk mendapatkan kepastian dan rawatan yang sesuai.